Tuesday, February 1, 2011

Xin Nian Kuai Le!

Maksud Xin Nian Kuai Le tu ialah Happy New Year.Eh eh manyak selonok kan mau laye. Ahkak memang dari awal lagi excited ni nak raya mengalahkan mereka yang sepatutnya. Okay what kata 1Malaysia harus lah begitu kan. Chinese New Year tahun ni 2011 yang ahkak tau adalah tahun arnab. Menurut apa yang ahkak baca arnab adalah satu symbol banyak lucky atau untung. Sape-sape pulak yang lahir tahun arnab ni disifatkan sangat peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni. Wah sangat la bangga kan mereka yang lahir pada tahun arnab ni,yelah arnab ni kan binatang yang sangat comel.



Apa yang seronok nya bila ketibaan tahun baru cina ni bertambahlah kita punya vitamin C. Tak perlu la ko nak cucuk vitamin C ke ape ke nak bagi cun gojes. Makan la puas-puas limau yang berlambak tu sementara stok limau yang masih ada. Makan limau ni tersangat la bagus untuk penghadaman perut kita. Bila penghadaman okay badan pun sihat dan cantik la. Satu je nak nasihat jangan la pulak pulun mencekik limau tu, nanti berkampung la kat toilet jawabnya.



Seperkara lagi bila ketibaan raya cina ni adalah cuti (public holiday). Tahun ni 2011 agak best sebab jatuh pada hari Khamis dan Jumaat.So jadinya boleh la cuti agak lama sikit untuk pulang ke kampung halaman tercinta. Hati ni memang berkobar-kobar dah menunggu raya cina ni,almaklum la lama dah tak balik jumpa family. Rasa macam nak jerit je macam ni “mak ayah…tunggu ahkak balik kampung!!”..hihi.

Pesanan untuk diri sendiri..berhati-hati ketika memandu,jangan nak tunjuk ek yang ko tu ada kereta dan sedar sikit ko tu pakai kereta kecik je so jangan nak merempit.

No comments:

Post a Comment