Thursday, May 31, 2012

Baby Auni Imani Firaz

Ini cerita sudah lama tapi baru sekarang baru nak muat naik kat sini. Saya suke. Kalau sesiapa tak suka sekian. Ahaaa..




Gambar diatas adalah baby yang sama. Comel la dia kan. Sebenarnya tak pernah pun jumpa lagi baby ni. Tak berkesempatan lagi untuk pergi berjumpa dengan baby comel ni. Nama baby comel ni ialah Auni Imani Firaz. Kelassss kau kan nama dia ,ahakz. 

Auni nanti Acik pergi Melaka ya jumpa Auni dengan umi Auni. Rindu sangat,hari-hari cuma tengok gambar saja.


Inilah umi baby Auni Imani Firaz. Gambar yang ini masa dia single gojes lagi. Ahakz.


Gambar kenangan bersama umi baby Auni Imani Firaz. Masa ni Auni kat dalam lagi. Ehee :)



Taktau nak taip apa sudah. Rindu kat Auni lar. huhuhu.. ok bai

Makaroni Bolognese Bersosej

Ini entry resepi....Resepi biasa-biasa saja..hehehe


Sejak akhir-akhir ini Akak takgojestakpe ni rajin memasak ya. Selalu nak puji diri sendiri jeh,sedey..hahaha..
Perkara diatas atau gambar diatas nama nya adalah Macaroni bolognese bersosej kau ada. Gilo nama resepi pun rasa nak makan pelempang je yedak. 


Bahan-bahan :


Macaroni 
Sosej (potong dadu)
Lobak merah (potong dadu)
bawang Besar (potong dadu)
Cili kisar 
Sos spagetty 
Italian herbs (1 sudu)
Sos cili (ikut citarasa)
Garam dan gula secukup rasa 


Cara membuatnya :
Rebus makaroni sehingga lembut. Kemudia tos kan. 
Tumis cili kisar beberapa minit. Masukkan lobak merah. Kemudian masukkan bawang merah ,sos spagetty, sos cili,sosej. Setelah beberapa minit masukkan italian herbs ,garam dan gula. Setelah masak. Dah boleh makan. 


Senang je kan. 






Kentang ala Wedges Italian Herbs Terbaik

Ini entry resepi okay ..



Ini namanya adalah gila kentang. opppss sorry bukan ya.

Ini adalah kentang ala wedges italian herbs terbaik.

Bahan-bahan adalah ;-

Kentang (potong wedges)-ikut suka nak berapa biji kentang .
Italian herbs 
cajun spice mix
serbuk black pepper
serbuk lada putih
garam

Cara membuatnya sangat mudah ya

Perap kentang dengan semua bahan-bahan tadi. Perap ia selama beberap minit saja. kemuadian goreng sehingga kekuningan dan kentang itu empuk. 

Itu saja. Senangkan. 








Nasi lemak Makcik Tayaria


Ini bukan entry resepi ya. Ini entry makan saja .


Salam dan selamat kembali Akak takgojestakpe ni. Lama jugak tak menaip kat blog . Tiba-tiba ada feel nak meng update blog sendiri ,setelah sekian lama asik dok mentelaah blog orang lain saja . Bila log in jeh blog sendiri terus jadi blur, feature blog dah rupa lain bebenor. Tapi ku gagah kan jua diri ini untuk meng compose entry. 

Start-start je nk ber blog terus upload gambar nasi lemak . Nasi lemak ni sedap woooo. Ditambah dengan rendang daging bersama telur mata. Erm terasa sangat heaven. Nasi lemak ini sangat sedap. Dengan nasi dia terlerai cantik, dibungkus dengan daun pisang. Sangat-sangat tak terkata dek lidah ni. Dikalangan housemate kiteorang gelar ini Nasi lemak makcik tayaria. Ini kerana makcik ini dia berniaga berdekatan bengkel mekanik kereta iaitu nama kedai tu Tayaria. lauk-lauk dia pun ada macam-macam jenis,semua pun nampak sedap tapi yang paling menjadi pilihan sanubari ni rendang daging dia la. 


Sekali-sekala boleh la mengidam nasi lemak ini tapi kalu setiap hari . tak boleh ya sayang. hehe :)