Thursday, July 12, 2012

47kg 52 kg dan ....

Di suatu hari di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. 


Ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. 
Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”




Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”


Hamjadur betul mesin ni la. kuang hajor nama nye tuh. 


huh!!!. 


Hehhehe...

Alam Impian

Subhanallah...

Cantiknya macam lukisan.









Monday, July 2, 2012

Deejavu Di Kinabalu bring me here.

Hohoho....uummm ! Terbaeekkk lah,....menyentuh dijiwa, menusuk dikalbu.

Yap lagu ni benar-benar dah merasuk ke jiwaku. Ini angkara Deejavu Di Kinabalu. Actually lagu ni suda lama tapi sejak muncul nya slot Deejavu Di Kinabalu ,lagu ini semakin hot n spicy .



Bapak hensem mamat nama Andhika dalam video clip ni. Eeewww..tergoda akak tau, terbawa-bawa dalam tidur lenaku. Getis betul. hakhakhak.
bytheway, lagu ni sangat owsem okay.

-
-
-
-
-

Sinopsis Drama Dejavu Di Kinabalu


Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.
Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya.
Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?



Sunday, July 1, 2012

(INGATAN) Makanan kita & Yahudi

Antara 'BARANGAN MEREKA' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita sebagai Muslim.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
 
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
 

6 . Untuk pengetahuan ANDA , para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
 






Masa kecik-kecik dulu

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat giler mase tu.

4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.

5. Masa sekolah, ade orang datang jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.

6. Lukis burung guna huruf M atau V

7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit

8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥

9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.


10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah, dan memberi alasan buku saya TERtinggal .

11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.


12. Main game Pacman atau Mario

13. Main lubang tikus

14. Mintak biodata kawan-kawan kat sekolah

15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.

16. Buat jet kertas


17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, Gaban,Suria Baja Itam, Ultraman, etc.

18. Lawan pemadam

19. Penggal/Tuju selipar

20. Main bubble wrap


21. Minum air panas dalam piring



Fuhhh...memang kenangan betul semua tu.

Kata


ORANG KATA....
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.


ATUK KATA...
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.


AKU RASA.....
betul jugak tu..


ORANG KATA...
exam tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study.. past year papers..etc..etc..etc..


ATUK KATA...
exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..


AKU RASA...
betul jugak tu..


ORANG KATA...
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!


ATUK KATA...
setiap hari jadi, kita semakin
hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..


AKU RASA...
betul jugak tu..


ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat,
baru hati puas


ATUK KATA...
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?


AKU RASA...
betul jugak tu..


ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo ....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!


ATUK KATA...
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?


AKU RASA...

err.. betul jugak tu..

So......
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
 
Betul jugak tu…