Tuesday, February 22, 2011

Kisah Reunion

Yes….sangat seronok…best2 ...terbaekk….memang best lah….

Tak tau nak cakap apa dah.Speechless kot..Itu aje la perkataan yang dapat ahkak gambar kan buat masa ini.Weekend  with reunion memang terbaik lah nak citer.Giler seronok dapat jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dulu.Walaupun memang dah tau dah yang akan datang tu tak berapa nak ramai but still meriah u allz.Tak sangka boleh meriah carey dan happening  macam tu.

That day orang yang paling awai sekali datang ialah ahkak ni la.Si kawan tu boleh kelentong ahkak bahawasanya program start kul 9 pagi.Malam sebelum tu mesej la tanya si kawan tu

Ahkak : Beb,aku nak kene datang kul berapa kah esok?
Si kawan : Ko kene datang kul 8 pagi,datang tolong aku masak ape yang patut.
Ahkak: Program start kul berapa?
Si kawan: Program start dalam kul 9.
Ahkak: Okay(dalam hati ape ke awai sangat,yeyeje diorang ni)

Wah dengan semangat berkobar-kobar tuh nak jumpa kawan-kawan lama ahkak pun bangun la awai nak mampos awai nak kata awai tu  tak la sangat.Bersiap-siap la ahkak pada pagi itu dengan mekap ala gojes tak gojes kan.Gerak la ahkak ke tempat reunion dengan membawa sebiji kiwi cheese cake.Dan setibanya ahkak sampai ke rumah kawan tu sorang pun tak sampai lagi,memang cis betul lah.Tuan tanah kedaung tu  tengah bermekap gak mase ketibaan ahkak tu dan lauk-lauk pun dah siap masak.

Then hamper kul 11 tu baru la seorang ke seorang datang.masing-masing pun membawa anak yang comel and cute tapi ada gak yang sama macam ahkak single mingle ni.Tak la ralat sangat kan.Ralat ape ke mende nya nasib baik anak-anak diorang tu comel-comel geram ahkak menengok nya.
Soalan lazim ala-ala cepucemas itu pun pastinya ada kan.Ahkak pun hanya mampu tersenyum sahaja tanpa menjawab ah buat bodo suda tak koser aku..hehe.

Memang tak sangka sangat dapat berjumpa yang lain-lain tu setelah sekian lama.Kami semua pun borak-borak and bergosip sambil makan BBQ dengan nasi berlaukkan ikan patin asam tempoyak pehh best dowh memang terangkat lah.Lepas makan nasi makan cheese cake yang ahkak bawa tu pulak.Haisshhhh!!..semua puji la cheese cake ahkak tu siap mintak kongsi resepi lagi u allzz.shy-shy cat ahkak dibuat nye tau.Tapi agak kembang gak la kan ada orang puji kek ahkak tu sedap nak mampos tau.

Lepas makan cheese cake makan bestday cake pulak.Adoiyaii perut dah giler kentang kenyang sumbat macam-macam.Sambil makan kek tu kiteorang dijamu pulak dengan album gambar yang hampir sedekad lamanye kot.Mengimbas berbagai-bagai kenangan ketika duduk di hostel masa sekolah dulu.Melihat gambar masing-masing yang jauh beza dengan rupa sekarang.Memang sangat menghibur hati melihatkan semua gambar-gambar kenangan itu.

Setelah petang kiteorang pun dah penat bukan penat bakar BBQ tapi penat mencekik kot,anak-anak they all pun masing-masing dah tak keruan.Dalam kul 6 petang kiteorang semua pun bersurai.Rasa sedih sangat,bila lah lagi dapat berjumpa dengan kalian semua.

 Abby and her son..comel sangat,muka inesen jeh..hik

Rina and her dotter...baik jer...dok melekat kat ibu dia



 ini la cheese cake nyer..gojes tak gojes tak :)

 Ini kek bestday...tapi bukan bestday dak ni hokay..dia just usha-usha jeh

Tuan tanah kedaung bersama ahli-ahli reunion





Friday, February 18, 2011

Reunion dan Soalan Cepucemas.


Teruja…seronok…berkobar-kobar…tak sabar…suka sangat….serabut…

Tetiba ada perkataan serabut lak kan.Ape ceritt???....

Semua di atas adalah perasaan bukan perasan okay ahkak ketika ini.Ini adalah kerana  ahkak akan bertemu diperjumpaan reunion kengkawan lama sekolah dulu. Memang sangat-sangat lama la tak jumpe diorang.Kira-kira tolak tambah darab bahagi ada lar dalam 10 tahun tak jumpa diorang ni semua.Hari tu dah jumpa dengan semua kengkawan tu tapi berapa kerat je and kejap sangat-sangat,tak sempat nak bercerita panjang dan bergosip with them.

Then ada si kawan ahkak tu nama dia Abby dan Yana telah pun mem planning untuk satu lagi perjumpaan reunion.This time diorang siap buat RSVP kat muka buku fesbuk.Melihat kepada respon ke atas RSVP itu tidak lah ramai mana tapi hopefully yang datang tuh akan dapat la memeriahkan and meng happeningkan jangan pening suda suasana kan.Apakah rupa mereka sama seperti semasa skolah dulu jugak?? Yang pasti nya diorang sudah pun berkahwin dan berkeluarga.Mesti seronok sangat.

Dan sekarang tetiba feel serabut itu datang haaa dia datang dah dia mai dah…haha tetibe.Serabut bukan apa Cuma…..ish entah lah..adoiyaii.

Bukan lah serabut nak mampos mana pun cuma agak segan untuk berjumpa dengan mereka-mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga tu.Ahkak dah dapat bajet dah soalan-soalan lazim bukan pak lazim juai satay tu yer yang biasa dan seringkali diajukan kepada ahkak ni yang single mingle bujang tang tang tang ni bukan andalusia hokey.

Soalan-soalan yang hamper merobek jiwa sanubari ahkak tapi sabar ajelah ni adalah seperti…………..

“Hai cik ahkak datang sorang je ke???”
Helo..ko nak suruh ahkak ni bawa 1 bas ker,wajiblah aku datang sorang…nanti xcukup lak food tu.

“Anak aku dah sorang dah dan sekolah dah pun,ko bila lagi???”
So what??!! aku bila lagi mende hape nyer…ko tu kalau dah anak sorang tu tambah la lagi 2,3,4 lagi dan sekolah kan lah anak ko tu sampai pandai ok..hahhahha

“Teringin nak pergi Raub makan nasi minyak ko…bila lagi beb????”
Hek eleh soalan ni lagi kejadah.Ko tak yah la susah-susah nak pergi Raub semata nak makan nasi minyak.Meh je datang umah aku kat Serdang aku sendiri masak kat umah nasi minyak tu khas special untuk ko anak beranak….oppsss!!!……

Haaaa...Itu lah antara soalan2 yang maybe mungkin akan terpacul dari mulot tempayan diorang yang akan ditujukan kepada ahkak yang gojes tak gojes ni.
Tapi takper…ahkak akan memuhasabah diri dulu  untuk menjawab segala soalan-soalan cepu cemas mereka itu.

Dan itu tidak menjadi halangan ahkak  untuk sangat seronok bertemu mereka-mereka.


Old school betul gambar ni.Ya ampun harap maaf gambar ni je yang ahkak ada okay



Damn...awat huduh bangang ahkak ni..cis!!Haha..




Thursday, February 17, 2011

I'm Crazy in Love with Chesee cake

Aduhai cik ahkak..ko giler ke apa ataupun ko memang dah tak waras.Apa yang ko merepek ni ahkak oi.I’m crazy with cheese cake’ tu bermakna saya sangat teruja dan sangat menyukai untuk makan cheese cake buat masa ni.

Mentang-mentang la kat umah ahkak sekarang dah ada oven u alls.that why la sangat teruja kan.Mana tak teruja nya sebab sebelum ni hanya mampu membuat kek coklat kukus sahaja.alik-alik kek tu je la all the time kan.Ahkak yang membuat kek coklat kukus tu hanya mampu membuat sahaja ,tidak untuk menelannya.Bukan sebab tak sedap okay tapi sebab selalu sangat dah menghadap nye.

Alkisah nye ada rerakan housemate ahkak ni ingin memulakan bisnes bersama partner nye untuk menjual cheese cake .Ahkak pun sebagai rakan terdekat men support la aktiviti mereka.Memang slama ni ingat kan buat cheese cake ni susah tapi bila nengok-nengok sikit oh senang sahaja.Bila ditanya harga dia jual untuk sebiji cheese cake tu berapa.Dia berkata harga untuk sebiji kek yg berat nya setengah kilo kira-kira dalam puluhan jugak la.Adoiyai mahalnya ek cheese cake ni.Ahkak yang naïf ni pun berkata dalam hati ..”ape ke mahai sangat cheese cake ni,pelik-pelik….dorang ni up harga ke”.Ya ampun la ahkak ni memang ala-ala naïf sikit.Baru la ahkak tau bahawasanya cheese cake memang mahal sebab bahan-bahannya pun agak mahal ey.

Sekarang ni the cheese cake boleh jadi febret ahkak la pulak.tapi kene gak hati-hati ni kerana cheese adalah sejenis lemak dari susu haiwan.Then lemak adalah lemak…bila dimakan badan kita akan menjadi bertambah gumbira a.k.a gemuk yer deknon2 sekalian.

And now time to promot pulak.Sesape yang berkenan dan sedang mencari cheese cake yang murah but sedap nak mampus boleh lah men contact rerakan ahkak ni.Chesee cake buatan rerakan ahkak ni memang agak sedap,rasa nya agak setanding kek Secret Resepi…ya ampun.Okay jangan memalu nak membeli dan men try cheese cake mereka ni ey.

 Sesape yang berminat sila dont shy-shy cat to contact them,ok :)

 gojes tak gojes tak...kalau rasa gojes sila la order,ok :)

bunga dan hiasan kain itu tak termasuk pakej,hiasan semata,harap maaf




Wednesday, February 16, 2011

Sharing the Joy

Fuhh lega setel untuk program itu.Balik opis je terus rase lemah,lemau,lengai.Mane tak nyer dok berjemur di bawah sinaran panas mentari hangat membakar.Tapi itu semua tidak mengapa yang penting that event berjalan dengan jayanya.Helo ahkak nak citer apa sebenarnye nih…ceciter  story sikit.

Hohoho…nak citer la ni Deknon.Ahkak baru je selesai meraikan kanak-kanak istimewa dari Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang bersempena Majlis Berkongsi Keceriaan Tahun Baru Cina.Walaupun Chinese New Year dah dua minggu berlalu tapi masih tak terlambat untuk meraikannya kan.Last year we all dah celebrate dengan diorang tapi masa tu buat kat center tempat diorang duduk.This year 2011 wa all celebrate lebih meriah lagi bersama kanak-kanak istimewa tu berserta dengan volunteer.Kali ni buat di Chinese muslim restoran iaitu Restoran Mohd Chan Abdullah yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Rase manyak selonok dan teruja dapat berjumpa dengan diorang lagi untuk kali ini.Diorang pun sama jugak seronok and enjoy sepanjang program. Eventhough
 diorang macam tu tapi ada yang still ingat we all ni yang pernah celebrate dengan diorang dulu,rase sangat terharu…eceh..hik.

Paling mencuit ati ada sorang tu bila muzik lagu cina dipasang..wah dia pun sama tak berhenti menyanyi jugak.Diorang jugak terhibur dengan ada nye lengchai clown dengan belon dia buat macam-macam shape.

Sangat enjoy la.Ada tu pulak sorang budak laki tu dari awal sampai nak balik asik tutup telinga je,tak tau lah kenapa tak sempat nak tanya.Walaupun diorang istimewa tapi diorang sangat behave, ambil makanan sendiri, pandai suap makan sendiri,pargi toilet sendiri dan ada jugak yang notty siap mintak no fon lagi.Bile time tangkap gambar ramai-ramai tu semua enjoy takde yang ketinggalan.Terima kasih jugak kat Restoran Mohd Chan Abdullah sebab sponsor makanan untuk meraikan kanak-kanak istimewa ni.


Restoran Mohd Chan Abdullah @ B.B.Bangi


 This guy la mintak no fon tuh..tapi bukan no fon ahkak..haha

 This one umur dia 30++....comel..

 Ni pun kanak-kanak istimewa jugak kot..

 Mereka-mereka yang istimewa

 Sharing the joy with them

 girl yang tshirt biru tu lah tak berhenti nyanyi selama lama lagu berkumandang

with lengchai clown


Walaupun sekejap tapi tetap menjadi sweet moment with them...




Monday, February 14, 2011

Dia Insan Terpuji

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela





Nabi Muhammad SAW 

Pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

BIODATA RASULULLAH SAW 
Nama                    : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Tarikh Lahir         : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena          peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah) 
Tempat Lahir      : Makkah Al-Mukarramah 
Nama Bapa         : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Nama Ibu            : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 




Lirik macam bodo

(1)
ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

(2)
cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

(3)
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

(4)
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(5)
datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu


Semenjak dua menjak ni buka je radio, rajin betul lagu yang kat atas ni berkumandang.Tajuk lagu kat atas ni ialah Ku Menunggu nyanyian Rossa. First time dengar macam familiar je pastu ingat2 balik konfem pernah dengar muzik lagu ni iaitu lagu Ku Merindu nyanyian Ella feat Shah.Sape yang copy muzik sape ni..Ah whatever la yang penting ahkak suka dengar dengar lagu ni sebab Rossa nyanyi.

Suka tu memang la suka dengar lagu ni tapi lirik lagu ni memang damn terbaik lah..haha..Bukannya ahkak di sini nak cakap lirik lagu ni terbaik sebab bagus ke ape.Cuma nak kata lirik lagu ni macam bodo.!! haa…kan dah kene bodo lagu ni dengan ahkak.

Apa kekdah & kejadahnye ko buat lirik rupa macam ni.Meh nak ulas sikit satu-satu rangkap lirik dia…

Rangkap (1) :
Apa ko gedik sangat nak tunggu kekasih orang putus dengan kapel dia.Konon mula ko kata tak mau kacau balak/awek orang tu pastu pulak siap nak tunggu kekasih orang tu forever.Apa ke bangang sangat nak tunggu orang punya.Apa ke takde dah orang lain ko bleh cari.

Rangkap (2) :
Oooo..ko harap and berdoa la sangat2 la yang orang tu putus dengan kekasih dia pastu bajet orang tu akan pergi kat ko la ey macm tu.

Rangkap (3) :
Aduhai..ko ni tak malu ke nak say love kat kekasih orang pastu nak jeles2 rindu2 bagai.tak payah nak buang masa la nak tunggu lagi.banyak lagi kat luar tu ko boleh cari.

Rangkap (4) :
Dah tau dan memang jelas orang tuh dah ada kekasih lain pastu mau lagi tunggu..Aduyai memang tak faham la.

Rangkap (5) :
Alahai..kesian betul la dengan ko ni sungguh2 tu berharap kat orang tu agar datang kat ko.Tak payah la susah2 nak kata yang ko sangat2 cinta kat orang tu.Orang tu tak nak kat ko so tak perlu la tunggu lagi.

Aduh aduhai penat betul ahkak dengan lirik lagu kat atas ni.Biar la orang nak kata ahkak emo pun.dah memang lirik dia cam bodo sape tak nyampah.Sape la yang cipta lirik ni desperate ke ape..tak faham betul…Kesian.

Bile la dapat bercuti kat sini...gambar dengan citer takde kene mengena..maaf



Sunday, February 13, 2011

Salam Maulidur Rasul

Kepala kata jangan gelojoh…
Hati pula kata pergi…
Benarkah cinta itu buta…
Kerna tak nampak apa selain dia….

Yo apa di atas yo!!...haaaa itu intro ahkak untuk kali ini.Apa motif pun ahkak tak tau lah Dek Non.Ceciter..ceciter…Sabar la ahkak nak citer la ni.Every year bila masuk je bulan Febuari mesti yang terlintas difikiran adalah Valentine Day kan.Alah DekNon2 ngaku je lah,malu-malu hanj lak nak ngaku.Especially yang hangat-hangit berchinta tu kan,berkobar-kobar tu bila masuk bulan Febuari.Beberapa hari sudah ahkak ada lalu area kedai-kedai,ada kedai tu memang khas menjual souvenir untuk Valentine day.Bukan main sakan lagi kan.Si kekasih-kekasih pun mesti dah planning bagai ape nak buat hari valentine tu nanti kan..nak bagi present ape..nak gi mane..konfem lah kan.

Kalau yang bangsa2 and agama lain tu nak sambut biaq lantak pi depa la dek nok.hangpa Islam tak usah la nak jugak sambut Valentine day ni bagai.Masing2 pun mesti dari awai lagi dah tau apa sejarah Valentine day tu.Kalau ada yang tak tau sejarah Valentine day tu sila2 dan rajin2 la pergi kat uncle Google tu cari.
Bila nak sampai hari Valentine day ni dah serupa macam nak sambut hari perayaan la pulak ahkak tengok.Mana tak nye siap macam2 promosi la kat tv,radio,internet,suratkabar.Bukan tu je siap hotel2 dan restoran2 pun meriah buat promosi diorang untuk Valentine day ni.Paling2 yang menjadi persoalan ahkak ni..macamana pulak ek kalau yang mempromosi itu ialah orang Islam,apakah hukum nya di situ kalau mereka hanya just promot sahaja untuk melariskan produk mereka. Relevan ke tak relevan.

Apa2 pun tahun ni 2011..14hb Febuari Valentine day kan,dan 15hb Febuari bersamaan 12 Rabiulawal 1432H tu tau tak hari apa.Kalau yang tak tau tu mai sini nak bagi tau.15hb Febuari adalah hari kekasih Allah SWT,hari kekasih kita jugak sebagai orang Islam iaitu Maulidur Rasul (Nabi Muhammad SAW).So mari lah kita ramai2  as Islam menyambut Maulidur Rasul dan bukan sambut Valentine day.

Tapi ahkak selalu gak dengar macam ni “Valentine day tu kan hari kasih sayang,elok la sambut”..Helo ko tau tak ape di sebalik valentine day tu dan kalau nak cakap tu adalah hari kasih sayang tak perlu la.Sepatotnya everyday pun hari kasih sayang lor.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432H



Thursday, February 10, 2011

Miss them so much.

I don’t know why lately ni..wah ahkak speaking paris lor,hikhik..sekali sekala apa salahnye kan.Tak pandai pun nak speaking gojes,rojak pun rojak la.Okay ahkak plis continue your story. I feel my heart so empty. Suddenly all my friends come in my mind.Ermmm..I miss them so much. Where’s there are at this time. No news in facebook..no message or text in the phone..no hai at yahoo massanger…so upset lor.

Hoi cik ahkak your English very bad…damn!!,hahaha.story in malay je lah.Okay sambung citer balik.Ahkak rindu sangat kat semua kengkawan especially kawan-kawan yang pernah duduk serumah dulu masa belajar kolej dulu.Kini diorang semua dah bawa haluan masing-masing after they get married. Mane korang-korang semua aku rindu sangat kat korang..Ecah,Ida Sheryda,Che yea,Ina,Zaity,Kak Ti,Yusanty,Janam,Kak Liza,Kak Ery.

Masih segar lagi di ingatan..eceh..Mase kita dok kat Taman Kemacahaya,Hulu Langat dulu dan nak pindah ke Serdang ni kita naik lori ramai-ramai (mase taip ni rase sebak ooo..huhu).Lepas pindah je Serdang kita semua boleh dok ramai 10 orang satu rumah.Kita pergi kelas sama-sama,makan together,tido together,jenjalan together semua,mandi je tak together…haha.



Pastu pulak yang paling aku ingat kita semua every year mesti pergi ke Genting Highland.Punya la nak jimat kita semua tak mau beli makan kat sane..Kat sane kan makanan mahal..siap masak-masak kat umah then kita pack kan food tu bawa as bekal.Kita semua masa tu siap bangun awal-awal pagi lagi semangat tu nak pergi Genting Highland.Gila syok masa tu kan.

After kita semua habis belajar pulak,semua pakat dok kerja part time kat Parkson kat South City Plaza tu.Bila semua masuk shift pagi,berderet la kita semua dengan uniform siap pakai blazzer hitam berjalan together menuju ke Parkson South City Plaza.Ada masa tu kita semua lambat datang,merah la punch card masing-masing.Ada yang bijak tu pandai tulis sendiri punch card…memang notty tau.



Paling gempak sekali yang kita semua pernah buat tu ialah open house raya puasa.Semua budak-budak Parkson kita invited,siap buat flyer invitation tu fotostat kat kedai..haha.Memang best la that time.



Then tak lama lepas tu masing-masing cari kerja lain.Cari kerja opis pulak.Siang semua tak together dah,malam je kita jumpa borak-borak dan gossip-gosip.Time yang ni pulak kita semua rajin pulak kuar memalam.Jenjalan kat downtown Cheras,pastu lepak kat area Kampung Baru dok makan-makan,usha-usha mamat hensem,tengok maknyah-maknyah yang kulit diorg gebus-gebus tu.Jam 5 pagi baru reti nak balik.Memang rase macam heaven lah that time.



Tak lama lepas tu pulak masing-masing ada yang cari kerja tempat jauh la then pindah,ada yang balik kampong la cari kerja kat kampong,ada yang balik kampong je teros kita yang kat Serdang ni dapat news ada yang nak kawen la.Lepas sorang ke sorang yang pindah kuar rumah.dan tinggal la hanya aku di sini.

I’m very happy for them although they are not around with me right now.All memory I will keep in my mind forever.Love you all..

Tuesday, February 8, 2011

Salah ker??

Hari ni mari kita belajar huruf.Ahkak nak bagi tutorial tentang huruf.Ala okay la kan entry citer pasal huruf.Ni asik dok citer pasal cinta,putus cinta..ah xkoser ahkak la.Haishhh!! Sabar dulu ahkak oi.. kan dah pesan kat diri sendiri jangan marah-marah macam ni nanti ahkak cepat tua.

Entry untuk yang ni memang nak show marah.Tapi ahkak pun tak tau kenapa minggu ni mood nak marah tu makin kronik.Masti pasal hormon ni yang tak berapa betul.Mende yang dah lepas tu biar je lah kan lepas,nak buat apa dikenang lagi.

Hah lupa dah yang asalnya tadi nak citer pasal huruf kan.Ahkak nak nak start dengan huruf B.Tak payah la huruf A tu lambat sangat.Okay..B untuk Babi.Betul la kan B untuk Babi.Boleh pulak ada paklong tu marah ahkak ,dia cakap kenapa B untuk babi dan bukan untuk baik.Then siap cakap mane lebih baik elok di dengar oleh masyarakat.Loh betul la B untuk babi.Mane boleh G untuk babi,lain la pulak bunyi nye.Aduhai marah betul paklong tu bile ahkak cakap macam tu.Eh suka jiwa raga hati jantung ahkak la nak B untuk apa-apa pun.Bila ditanya pulak F untuk apa.Pandai pulak menjawab F untuk Fakk.Mengong.Apakah bezanya disitu??? Dan masih menjadi tanda tanye.

Marah ker? Luahkan...hell lah!!


Monday, February 7, 2011

Ada bau la..

Malam bile ek ahkak ada nengok citer Dollah Hapak kat Astro.Macam biase lar ahkak memang hobinya nengok tv.Tajuk citer ni agak menarik minat ahkak la untuk menengok nya.Citer Dollah Hapak ni mengisahkan si Dollah ni seorang pemuda berasal dari kampong.Dia ni memang tak bergaul dengan sape-sape.Keje dia menangkap ikan kat sungai je lah setiap hari. Yang menariknya citer ni pasal si Dollah ni badannya bau dia tak hengat tersangat la hapak.Dia ni jenis yang mandi tak bersabun kot that why la badannya berbau.Mane nye tak bau..mandi tak bersabun,buat keje dalam hutan menangkap ikan ape semua.



Haaa..u allz pun mesti pernah kan mengalami terbau orang-orang yang berbau badan ni.Sangat la hazab bau nya itu.Kalau muka hensem/cun gojes tapi kalau badan ada bau memang tersangat lah fail yer sedari-sedara sekalian.Kekadang tu jugak kita diri sendiri ni pun tak sedar badan kita ada bau.Entry yang ni ada la sikit nak citer tips pilih pewangi ketiak (deodorant).Agak-agak u allz pakai yang mana…

Jenis-jenis
Kelebihan
Kekurangan
Semburan
Senang serap & tak kotorkan baju
Sometime baunya tak lama,kene sembur banyak kali
Stick
Agak tahan lama
Melekit sikit & ambil masa gak nak kering
Gel
Mudah serap
Susah sikit nak cari kat kedai
Bedak
Serap peluh
Bahagian baju kat ketiak boleh kotor
Roll-On
Senang serap
Kalau yang elergik tu jangan pakai

Tapi yang ahkak tak berkenan and tak faham tu ada iklan tu iklan deodorant la tapi perlu ke macam tu.Ala ada iklan tu pompuan tu kereta nya pancit tayar kat tepi jalan.Mula takde sape pun nak datang nolong (kunun nya la kan).After pompuan tu angkat tangan nampak ketiak putih gebu baru la ada makhluk lelaki berpusu-pusu datang nak tolong.Apakah relevan iklan sebegitu.Tak kuase la ahkak oi.