Tuesday, February 1, 2011

My Love

Wah sedang jatuh cinta kah atau sedang ingin bercinta kah.. Takde kuasa okay buat masa ni. Ahkak dah ada my love baru. Sayang sangat tau. Rasa rindu sangat kalau berjauhan,cewah.Sila tarik nafas.My love is my new laptop. Setelah lama menyimpan impian ku ini dan setelah bersusah payah menyimpan akhirnya dapat jugak ahkak membeli sebuah laptop.Rasa tersangat lah bangga bukan riak okay kerana dapat membeli harta (harta lah sangat kan..hahhahh) dengan wang simpanan sendiri..Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.



Ahkak memang dah berjanji kat diri sendiri akan menjaga My Love ni baik-baik.Akan ku menjaganya bagai menatang minyak yang penuh..eceh..Serius nak citer ni tak mahu lagi perkara lama berulang. Masih segar lagi diingatanku kejadian hitam itu. Masa ahkak belajar dulu ahkak ada sebuah laptop. Segala-galanya dicurahkan kat laptop itu siang hingga malam bersama.Lepas habis belajar ahkak pun kerja partime dan tinggal lah laptop itu bersendirian dirumah.Kesian dia kene tinggal dengan ahkak. Yelah takkan nak bawa angkut pergi kerja.

Bermula lah cerita, ada la si polan ni nak meminjam laptop ahkak tu. Si polan tu memang agak baik orangnya.Dia tinggal kat rumah lain dan ahkak seratus peratus mempercayai dia sebagai kawan. Katanya dia nak buat kerja menggunakan laptop.Ahkak pun yg baik hati ni pun bagi la pinjam sebab kesian. Nak dipanjangkan cerita bukan sekali dia pinjam,beberapa kali la jugak. Ahkak pun tak ingat dah berapa kali dia pinjam my love tu. Setelah beberapa hari ahkak pun sibuk dengan kerja partime tu,yelah rajin sangat buat OT memang sampai tak ingat apa-apa dah. Ada satu hari tu ahkak teringat kat laptop tu yang berada di bawah katil.Dukacita nya hati ni pabila melihat beg laptop hanya tinggal beg,isi nya tiada.Terkejut bukan kepalang la dibuatnya. Sedih sangat rasa hati ini. Nak dituduh si polan tu takde bukti pulak. Tak tau nak buat macamane mase tu Cuma redha je lah apa yang terjadi.

Satu je nak pesan kat diri sendiri,jaga lah harta benda sendiri dengan baik. Kawan pun ada macam-macam jenis kawan,jangan terlalu percaya sampai diri kecewa…ewahh..

No comments:

Post a Comment