Sunday, February 13, 2011

Salam Maulidur Rasul

Kepala kata jangan gelojoh…
Hati pula kata pergi…
Benarkah cinta itu buta…
Kerna tak nampak apa selain dia….

Yo apa di atas yo!!...haaaa itu intro ahkak untuk kali ini.Apa motif pun ahkak tak tau lah Dek Non.Ceciter..ceciter…Sabar la ahkak nak citer la ni.Every year bila masuk je bulan Febuari mesti yang terlintas difikiran adalah Valentine Day kan.Alah DekNon2 ngaku je lah,malu-malu hanj lak nak ngaku.Especially yang hangat-hangit berchinta tu kan,berkobar-kobar tu bila masuk bulan Febuari.Beberapa hari sudah ahkak ada lalu area kedai-kedai,ada kedai tu memang khas menjual souvenir untuk Valentine day.Bukan main sakan lagi kan.Si kekasih-kekasih pun mesti dah planning bagai ape nak buat hari valentine tu nanti kan..nak bagi present ape..nak gi mane..konfem lah kan.

Kalau yang bangsa2 and agama lain tu nak sambut biaq lantak pi depa la dek nok.hangpa Islam tak usah la nak jugak sambut Valentine day ni bagai.Masing2 pun mesti dari awai lagi dah tau apa sejarah Valentine day tu.Kalau ada yang tak tau sejarah Valentine day tu sila2 dan rajin2 la pergi kat uncle Google tu cari.
Bila nak sampai hari Valentine day ni dah serupa macam nak sambut hari perayaan la pulak ahkak tengok.Mana tak nye siap macam2 promosi la kat tv,radio,internet,suratkabar.Bukan tu je siap hotel2 dan restoran2 pun meriah buat promosi diorang untuk Valentine day ni.Paling2 yang menjadi persoalan ahkak ni..macamana pulak ek kalau yang mempromosi itu ialah orang Islam,apakah hukum nya di situ kalau mereka hanya just promot sahaja untuk melariskan produk mereka. Relevan ke tak relevan.

Apa2 pun tahun ni 2011..14hb Febuari Valentine day kan,dan 15hb Febuari bersamaan 12 Rabiulawal 1432H tu tau tak hari apa.Kalau yang tak tau tu mai sini nak bagi tau.15hb Febuari adalah hari kekasih Allah SWT,hari kekasih kita jugak sebagai orang Islam iaitu Maulidur Rasul (Nabi Muhammad SAW).So mari lah kita ramai2  as Islam menyambut Maulidur Rasul dan bukan sambut Valentine day.

Tapi ahkak selalu gak dengar macam ni “Valentine day tu kan hari kasih sayang,elok la sambut”..Helo ko tau tak ape di sebalik valentine day tu dan kalau nak cakap tu adalah hari kasih sayang tak perlu la.Sepatotnya everyday pun hari kasih sayang lor.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1432H



No comments:

Post a Comment