Monday, January 31, 2011

February yang baru…

Eh cepat nya dah masuk bulan February kan. Masa memang berlalu dengan cepat sekarang ni.Umur pun makin bertambah dari hari ke sehari,betul tak. Apa ni citer pasal umur pulak, sangat lar choii kan. Tapi kena la jugak kan terima hakikat yang ahkak ni bukan makin muda.Ah dah la tak mau citer pasal umur.

Nak citer pasal February la…sebab Encik January pun dah berlalu so ahkak dah tersedar dari lamunan terhenti ni bahawasanya azam 2011 masih tak terlambat kan. Azam yang satu ni agak susah nak direlease kan.haha. Azam nya ialah mengurangkan berat badan ahkak ni. Umur yang tahap ahkak ni agaknya kenapa la kan susah betul nak dikurangkan.

Setelah difikirkan semasak-masaknya ahkak perlu buat sesuatu pada diri ini agar berat yg ada ni dapat dikurangkan.Yup kelas erobik la jawapannya. Kalau nak harap erobik kat rumah oh memang tidak lah ahkak nak buat kan. Pernah jugak buat dulu bersama rakan-rakan serumah tapi yang hado jeh la kan.Buat dua tiga hari pastu takde dah.Nak erobik sensorang kat rumah memang tidak la jawabnya.



Nak ucap thanks jugak la kat my opismate ni kerana dia telah berjaya memujuk ahkak ni untuk menyertai kelas erobik tuh.Sebabnya ahkak ni dulu sombong cakap tau mau join that class.Dan sekarang baru sedar ke hey pompuan yang ko tu terlebih berat,cutting pun takde.Kelas erobik yang ahkak pegi tuh ada jadual dia.yang ahkak pegi hari isnin dengan khamis je sebab hari yang itu je awal sikit kelasnya yang lain lambat bebenor malas ahkak nak tunggu. Mende yang paling jeles pergi kelas tuh ialah tengok cikgu yang ngaja erobik tuh perut dia sangat la cantik kempis je.Memang boleh jadi inspirasi la cikgu tu kan..i like :) 

Saje nak feeling-feeling

Sebelum itu ahkak nak gelak dulu boleh,hahhahahhah…ohkay dah cukup gelak tuh.Haaa ni la lagu selepas putus cinta.Best lagu ni lama tak dengar.Maksud lagu ni sangat mendalam. Boleh meleleh airmataku bila menghayati nya…

~~JANGAN ADA BENCI~~

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku......


Tutup buku lama..buka buku baru…yeahhhh..!!

Ada orang pernah kata tutup buku lama,buka buku baru. Haisshhh!! Tak mau aku macam tuh. Aku nak buang buku lama dan buka buku baru.haaa baru best dowh..hahhaha. Gelak lar sangat kan. Sebenarnya sedih nih tapi tak per la buat ape nak sedih-sedih nanti cepat tua lar ahkak oi..Tak mau dah simpan buku lama tuh,teruk sangat buku lama tuh. Takde citer hepi pun buku lama tuh,banyak citer sedih jer. Bercinta setahun dua kali.hahhaha dah macam musim buah la pulak kan setahun dua kali.


Tapi nak citer gak sedih sangat sebenarnye,dalam hati sape yang tau Allah jer yang tau.Yang ni memang sangat-sangat sedih lar.Terpaksa dilepaskan walaupun hati masih sayang.Tak mengapa putus dengan cara baik, takde gadoh besar sangat walaupun satu malam menangis bagai nak rak macam orang hilang anak.Ades kesian betul ahkak nih lar.Dah lama jugak lar tak rase single ni,agak seronok gak la kan.Boleh buat apa jer mengikut sesuka hati jiwa raga ahkak nih.tak perlu nak inform bagai kat sape-sape nak pegi makan ker nak keluar shopping ke nak meronggeng ker.hahhaha..tak boleh jadi bf pun boleh jadi as a friend kan.Okay what I like.

Satu je nak pesan kat diri sendiri.Takde sape nak pesan kat ahkak,baik ahkak pesan je kat diri sendiri.Hey pompuan (ahkak la tu) ko tak payah nak sedih-sedih menangis siang malam meratapi perpisahan ko tu,tiada gunanya la nak bersedih-sedih nih.Buang air mata ko je la pompuan.Jangan nak murah sangat air mata tu okay.Simpan je air mata tu untuk hari tua hahhaha.ala..mungkin ada yang lebih baik and the best untuk ko kemudian hari,tak payah risau la and tak mati la hidup single ni ahkak oi.Kuat kan hati ko dan kalau ko rase takde sape-sape disisi,Allah sentiasa ada setiap masa bersama ko.Bertabah lah ok wahai pompuan.Hope after this I’m much better than the past.huhu.