Sunday, July 1, 2012

Masa kecik-kecik dulu

Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat giler mase tu.

4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.

5. Masa sekolah, ade orang datang jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.

6. Lukis burung guna huruf M atau V

7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit

8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥

9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.


10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah, dan memberi alasan buku saya TERtinggal .

11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.


12. Main game Pacman atau Mario

13. Main lubang tikus

14. Mintak biodata kawan-kawan kat sekolah

15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.

16. Buat jet kertas


17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, Gaban,Suria Baja Itam, Ultraman, etc.

18. Lawan pemadam

19. Penggal/Tuju selipar

20. Main bubble wrap


21. Minum air panas dalam piring



Fuhhh...memang kenangan betul semua tu.

No comments:

Post a Comment